Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang buruk dan keji. Tidak ada pelindung dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan dirinya dengan segala jenis penebusan semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minuman daripada air panas yang menggelegak dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur.
(Surah al- An'am : ayat 70)
Sunday, May 23, 2010
LARANGAN MEMPERSENDA AGAMA
Posted by Asyraf at 10:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment