Tatkala saya nasih muda, bebas dan mempunyai imaginasi yang tidak terbatas, saya berangan- angan untuk mengubah dunia. Apabila saya semakin dewasa dan bijak, saya dapati dunia tidak akan berubah. Lantas saya kecilkan impian saya dan saya bercadang untuk mengubah negara saya sahaja. Tetapi, ini juga nampaknya tidak mungkin dilaksanakan. Apabila saya memasuki usia tua, dalam satu cubaan yang terdesak, saya putuskan untuk hanya mengubah keluarga saya, mereka- mereka yang terdekat dengan saya. Tetapi malangnya, tidak ada siapa pun yang ingin berubah.
Dan sekarang ketika saya sedang terbaring di atas katil menunggu ajal, barulah saya sedar. Jika hanya saya terlebih dahulu cuba mengubah diri saya, pastinya dengan contoh teladan itu akan dapat mengubah keluarga saya. Daripada inspirasi dan dorongan mereka, kemungkinan saya akan dapat mengubah negara saya, dan siapa tahu, saya mungkin akan dapat mengubah dunia.
Saturday, March 20, 2010
MULAKAN DENGAN DIRI KITA
Posted by Asyraf at 8:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment