Alhamdulillah MOZAC telah diberikan tugas menjadi tuan rumah bagi program Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Rumah Sekolah Berasrama Penuh(KESUMA 2010). Diriku telah ditugaskan menjadi urusetia bagi program tersebut.. Penat lelah telah kulalui sepanjang 2 hari program ini telah berjalan dan masih ada 2 hari lagi yang perlu ditempuh.. Di samping itu, kerja sekolah yang diberikan masih lagi belum berjaya daku siapkan. Namun demi mencari keredhaan ilahi melalui penyempurnaan tugasan yang diberikan oleh guru penolong kanan hal- ehwal murid yang ku hormati bersama markah dan sijil peringkat kebangsaan, hari tersebut perlu juga daku tempuhi......
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 20, 2010
MULAKAN DENGAN DIRI KITA
Tatkala saya nasih muda, bebas dan mempunyai imaginasi yang tidak terbatas, saya berangan- angan untuk mengubah dunia. Apabila saya semakin dewasa dan bijak, saya dapati dunia tidak akan berubah. Lantas saya kecilkan impian saya dan saya bercadang untuk mengubah negara saya sahaja. Tetapi, ini juga nampaknya tidak mungkin dilaksanakan. Apabila saya memasuki usia tua, dalam satu cubaan yang terdesak, saya putuskan untuk hanya mengubah keluarga saya, mereka- mereka yang terdekat dengan saya. Tetapi malangnya, tidak ada siapa pun yang ingin berubah.
Dan sekarang ketika saya sedang terbaring di atas katil menunggu ajal, barulah saya sedar. Jika hanya saya terlebih dahulu cuba mengubah diri saya, pastinya dengan contoh teladan itu akan dapat mengubah keluarga saya. Daripada inspirasi dan dorongan mereka, kemungkinan saya akan dapat mengubah negara saya, dan siapa tahu, saya mungkin akan dapat mengubah dunia.
Posted by Asyraf at 8:50 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
DIAM????
Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"
Dipeti daripada:(http://www.facebook.com/note.php?note_id=326518019673)
Posted by Asyraf at 11:33 PM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
THE 5 FOODS YOU SHOULD EAT EVERY DAY
Eating right on a budget can be a challenge, but it's certainly not impossible. Consider this your cheat sheet to the 5 inexpensive foods you should eat everyday for optimum health.
#1 Leafy greens
Medical experts call them one of nature's miracle foods. Leafy greens like Swiss chard and kale are high in nutrients like folate and vitamins A and C that can lower your risk of cancer. Just one cup of dark, leafy greens a day could also prevent diabetes and high blood pressure.
#2 Nuts
Many nutritionists recommend nuts like almonds, cashews and walnuts because they're high in natural fiber. Fiber slows your digestive process, keeping hunger and unhealthy mid-afternoon snacks at bay. Goodbye vending machine runs!
#3 Onions
Studies show that consuming onions on a regular basis may reduce symptoms of asthma and the risk of developing stomach cancer. Add them to soups and stir-fry, and just remember -- the stronger the onion, the greater the health benefit.
#4 Whole grains
Refined grains, like white rice and pasta, have lost 90% of their nutritional value through the refining process. As if that weren't reason enough to choose whole grains like brown rice, quinoa and whole oats, a recent study showed that a diet rich in whole grains actually flattens your belly by reducing fat storage in your lower abdominal region.
#5 Yogurt
Making yogurt part of your daily eating routine can improve your digestion -- if you're buying the right stuff. Check that the label lists "active cultures" to make sure you're getting healthy probiotics, and pick a yogurt rich in vitamin D to prevent osteoporosis.
Picked from: (http://shine.yahoo.com/event/makeover/the-5-foods-you-should-eat-every-day-710199/)
Posted by Asyraf at 9:41 AM 0 comments