10 Zulhijjah bukanlah suatu tarikh yang asing bagi seorang umat islam. Inilah tarikh umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap umat islam memperoleh petunjuk, hidayah serta pengajaran walaupun sedikit di Aidiladha ini. Setiap dari kita perlulah mengambil iktibar daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para jemaah haji, penyumbang binatang korban dan tidak lupa kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Disamping sibuk dengan ibadah sunat di hari raya seperti mandi sunat, memakai pakaian baru dan yang paling popular solat sunat hari raya, janganlah perkara fardhu ditinggalkan mahupun diremehkan terutama solat lima waktu. Hal ini demikian kerana, apalah gunanya jika kita mengejar amalan sunat tetapi amalan fardhu kita tinggalkan. Ibarat seorang insan yang telah memakai tali leher, kasut dan rambut telah disikat dengan kemas dan bergaya tetapi tidak memakai baju dan seluar untuk menutupi anggota utama mereka. Di samping itu gunalah masa yang ada ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita dengan sanak saudara dan orang ramai baik yang memeluk islam mahupun tidak. Ini bagi menyahut perintah Allah S. W. T yakni "hablum minAllah wa hablum minannas". Apalah gunanya jika kita berjaya memasuki syurga sekalipun syurga al- Firdaus tetapi mereka yang pernah mewarnai, mendampingi, serta menceriakan hari kita suatu masa dahulu di dunia tidak dapat bersama kita meraikan kemenangan yang abadi ini bersama-sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment