BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 29, 2009

PELAJAR 0509 MOZAC

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar MOZAC kumpulan 0509. Kedua telapak tangan ini insyaAllah akan sentiasa mendoakan kejayaanmu. Di dalam kesibukanmu menghadapi peperiksaan yang berlangsung, janganlah lupa akan tujuanmu hidup di muka bumi ini yakni sebagai hamba Al- Alim yang mentadbir sekalian alam ini sejak azali lagi. Luangkanlah walaupun sedikit dari masamu untuk berdoa kepadanya. Hal ini demikian kerana terdapat firman Allah S. W. T yang bermaksud lebih kurang sebegini"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku-perkenankan".

AIDILADHA

10 Zulhijjah bukanlah suatu tarikh yang asing bagi seorang umat islam. Inilah tarikh umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap umat islam memperoleh petunjuk, hidayah serta pengajaran walaupun sedikit di Aidiladha ini. Setiap dari kita perlulah mengambil iktibar daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para jemaah haji, penyumbang binatang korban dan tidak lupa kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Disamping sibuk dengan ibadah sunat di hari raya seperti mandi sunat, memakai pakaian baru dan yang paling popular solat sunat hari raya, janganlah perkara fardhu ditinggalkan mahupun diremehkan terutama solat lima waktu. Hal ini demikian kerana, apalah gunanya jika kita mengejar amalan sunat tetapi amalan fardhu kita tinggalkan. Ibarat seorang insan yang telah memakai tali leher, kasut dan rambut telah disikat dengan kemas dan bergaya tetapi tidak memakai baju dan seluar untuk menutupi anggota utama mereka. Di samping itu gunalah masa yang ada ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita dengan sanak saudara dan orang ramai baik yang memeluk islam mahupun tidak. Ini bagi menyahut perintah Allah S. W. T yakni "hablum minAllah wa hablum minannas". Apalah gunanya jika kita berjaya memasuki syurga sekalipun syurga al- Firdaus tetapi mereka yang pernah mewarnai, mendampingi, serta menceriakan hari kita suatu masa dahulu di dunia tidak dapat bersama kita meraikan kemenangan yang abadi ini bersama-sama.