Syukur alhamdulillah kupanjatkan kepada Ar-rahman kerana telah mengurniakanku dengan kejayaan yang terbaru ini(8A PMR 2009)... Ku harap dengan pemberian ini akan meningkatkan lagi kesyukuranku kepadaNya di samping memperbaiki kekurangan yang masih ada.. Tidak ketinggalan ibu bapa, guru-guru, sahabat handai serta semua pihak yang telah banyak membantuku baik secara langsung mahupun tidak dalam perjalananku mengecapi kejayaan ini... TERIMA KASIH ku ucapkan.... Walaupun begitu, aku masih tidak boleh leka kerana nazarku kepadaNya masih belom ku sempurnakan dan menengah atas sudah sedia menungguku dengan cabaran yang lebih hebat.... Kepada sesiapa yang telah bernazar, jangan lupa untuk menunaikannya... Wassalam..
Thursday, December 24, 2009
Sunday, December 20, 2009
WHAT TO DO WHEN YOUR CELL PHONE FALLS IN WATER!!??!!?
Whatever you do immediately take your phone battery out. The reason why our phones stop working after its in the water is because you try to turn it on again without letting it dry and the battery shorts the phone. Now u have to be patient this is the ONLY WAY. U have to put ur phone in a bag of rice..i know this sounds crazy but the rice sucks up all the moisture..leave it there for 2-3 days...WITHOUT turning the phone on..That is crucial and then try to leave it on something warm like a tv...I did this and i turned my blackberry on and it works PERFECT. I swear it was even sitting in water for over 30 secs. GOOD LUCK..
and whatever you do..DO NOT CHECK TO SEE IF IT WORKS...wait at least 2.5 full days. GOOD LUCK
(taken from:http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20091206165218AAe6Mwc)
Posted by Asyraf at 12:04 AM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
BUAT APA SUSAH-SUSAH,,, JALAN JER....
Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan
RAMAI orang yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.
Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.
Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.
Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:
Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.
Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.
Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.
Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.
Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Tip jalan laju:
-Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
-Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
-Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
-Gerakkan lengan ketika berjalan
-Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
-Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman
(Dipetik daripada:http://bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Cantik/ 20090719085900/Article/index_html)
Jadi tunggu apa lagi .. Jalan la , selain dapat menyihatkan badan kaedah ini dapat juga menyahut seruan dunia dengan mengurangkan penggunaan kenderaan yang akan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida dan karbon monoksida. Dapatla kita menyelamatkan alam sekitar.... Jom la, tunggu apa lagi...
Posted by Asyraf at 7:33 AM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
ATUK ADER BANYAK PETUA
Agar wajah selalu segar,
berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes
dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan
berdo’a.
Untuk menghilangkan stress,
Cukup dengan memperbanyakkan solat.. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.
Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ‘Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii’ (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik,
bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.
Agar tubuh langsing, mulus,
diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri,
sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Posted by Asyraf at 8:25 PM 0 comments
Monday, December 7, 2009
JADILAH SEORANG LELAKI
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
(dipetik dari iluvislam.com.. nukilan akhawat88_girl)
Posted by Asyraf at 6:18 AM 0 comments
Sunday, November 29, 2009
PELAJAR 0509 MOZAC
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar MOZAC kumpulan 0509. Kedua telapak tangan ini insyaAllah akan sentiasa mendoakan kejayaanmu. Di dalam kesibukanmu menghadapi peperiksaan yang berlangsung, janganlah lupa akan tujuanmu hidup di muka bumi ini yakni sebagai hamba Al- Alim yang mentadbir sekalian alam ini sejak azali lagi. Luangkanlah walaupun sedikit dari masamu untuk berdoa kepadanya. Hal ini demikian kerana terdapat firman Allah S. W. T yang bermaksud lebih kurang sebegini"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku-perkenankan".
Posted by Asyraf at 4:39 PM 0 comments
AIDILADHA
10 Zulhijjah bukanlah suatu tarikh yang asing bagi seorang umat islam. Inilah tarikh umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap umat islam memperoleh petunjuk, hidayah serta pengajaran walaupun sedikit di Aidiladha ini. Setiap dari kita perlulah mengambil iktibar daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para jemaah haji, penyumbang binatang korban dan tidak lupa kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Disamping sibuk dengan ibadah sunat di hari raya seperti mandi sunat, memakai pakaian baru dan yang paling popular solat sunat hari raya, janganlah perkara fardhu ditinggalkan mahupun diremehkan terutama solat lima waktu. Hal ini demikian kerana, apalah gunanya jika kita mengejar amalan sunat tetapi amalan fardhu kita tinggalkan. Ibarat seorang insan yang telah memakai tali leher, kasut dan rambut telah disikat dengan kemas dan bergaya tetapi tidak memakai baju dan seluar untuk menutupi anggota utama mereka. Di samping itu gunalah masa yang ada ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita dengan sanak saudara dan orang ramai baik yang memeluk islam mahupun tidak. Ini bagi menyahut perintah Allah S. W. T yakni "hablum minAllah wa hablum minannas". Apalah gunanya jika kita berjaya memasuki syurga sekalipun syurga al- Firdaus tetapi mereka yang pernah mewarnai, mendampingi, serta menceriakan hari kita suatu masa dahulu di dunia tidak dapat bersama kita meraikan kemenangan yang abadi ini bersama-sama.
Posted by Asyraf at 4:14 PM 0 comments
Sunday, March 8, 2009
Install Iman
Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu? Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak mempunyai sistem pertahanan berupa software Iman.Tapi survey juga membuktikan bahawa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinIbadah. doc yang berada dalam pakej software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun, dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka. Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya? Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan blueRay anti virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali.. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan OK.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Khalifah yang merendah diri..
Posted by Asyraf at 8:26 PM 0 comments
Saturday, January 24, 2009
FORT CORNWALLIS
Posted by Asyraf at 7:16 AM 0 comments