- Aku diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
- Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
- Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan.
- Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
- Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
- Terasa sempitnya dadaku.
- Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
- Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
- Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
- Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
- Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
- Hanya kehinaan yang layak buat diriku.
- Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam.
- Aku diselubungi kelaknatan.
- Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
- Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
- Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
- Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
- Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
- Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
- Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
- Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.
- Ya Allah, aku ingin bertaubat... Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan.
(source:Solusi isu 46: m/s 20)
Sunday, July 22, 2012
KALAU AKU BUAT DOSA...
Posted by Asyraf at 7:57 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)