Kita selalu mendengar orang berkata apabila menjelang hari raya... "Puasa sebulan raya pown sebulan la".. Tetapi pernahkah kita berfikir mengapa takbir raya yang dilaungkan pada hari raya Aidilfitri hanya dilaungkan sehari sahaja jika dibangdingkan dengan hari raya Aidiladha yang selama 4 hari... Pada pendapat saya adalah kerana hari raya Aidilfitri hanya perlu diraikan selama sehari manakala hari raya Aidiladha adalah selama 4 hari..... Jadi, renung-renungkanlah ...
Tuesday, September 28, 2010
Monday, September 6, 2010
RENUNGAN RAMADHAN
Minta maaf kalau tak post sesuatu untuk awal Ramadhan. Tetapi kini Ramadhan 2010 masihi sudah pun hampir meninggalkan kita. Fasa pun sudah masuk fasa yang ke-3. Apa yang ingin dipersoal adalah adakah kita sudah berjaya menggunakan Ramadhan kali ini sebaiknya???? Adakah kita yakin kita akan mampu bertemu dengannya pada tahun akan datang atau adakah ajal yang akan bertemu dengan kita terlebih dahulu???? Adakah kita bersedih dengan pemergiannya ataupun adakah kita bergembira dengan pemergiannya bahkan sudah bersiap sedia bagi meraikan hari lebaran 15 hari lebih awal.... Adakah Ramadhan kali ini berjaya memberikan impak positif kepada kita atau hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata???? Adakah 10 malam terakhir digunakan untuk mencari malam lailatul Qadar atau lailatul Kamdar ???? Renung- renungkan....
Posted by Asyraf at 3:44 AM 0 comments